
BPlant Open Day 2025: Rumah Terbuka Aidilfitri tarik ratusan pengunjung
19 April 2025
Sambutan meriah di Rumah Terbuka Aidilfitri BPlant
23 April 2025BPlant Open Day 2025: Rumah Terbuka Aidilfitri di Ladang Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah minggu lalu menjadi simbol jalinan erat antara warga kerja dan komuniti setempat.
Majlis tersebut mengekalkan adat dan semangat perpaduan yang telah lama menjadi tunjang tradisi masyarakat kita. Dari majlis rewang pada malam sebelumnya hingga ke sambutan utama, semua pihak – tanpa mengira pangkat dan peranan – berganding bahu demi menjayakan majlis yang penuh makna ini.
Suasana meriah dan harmoni memperlihatkan kekuatan nilai kebersamaan, saling menghormati dan kerjasama – menjadikan sambutan ini bukan sekadar perayaan, tetapi juga wadah memupuk perpaduan dan semangat kekeluargaan.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan sambutan ini. Semoga semangat kebersamaan ini terus subur dalam komuniti BPlant.


































