
Perpaduan komuniti terserlah di BPlant Open Day 2025
21 April 2025
Defence Minister reviews progress of Kem Santuni MADANI and Kem MADANI initiatives
4 May 2025BPlant mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Boustead Plantations Berhad: Sajian Lebaran 2025!
Sambutan yang diadakan di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur semalam turut berbesar hati menerima kehadiran Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional daripada Badan Kesenian Tentera Darat serta penampilan istimewa daripada penyanyi legenda rock popular Dato’ Nash.
Dalam ucapan alu-aluannya, Pengerusi BPlant Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B) menyatakan bahawa pemilihan Kem Wardieburn sebagai lokasi majlis merupakan lambang kesepakatan dan ukhuwah BPlant bersama-sama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Majlis turut menyaksikan penyerahan ‘mock cheque’ zakat wakalah berjumlah RM10,000 daripada Pengarah Urusan BPlant Datuk Zulkarnain Md Eusope kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon Haji Marjuki.
Antara yang hadir termasuk jemputan daripada Kementerian Pertahanan, Lembaga Tabung Angkatan Tentera serta anak-anak syarikatnya, rakan-rakan strategik serta anggota dan veteran ATM.
Semoga sambutan ini terus menyuburkan hubungan sesama kita!


















