
BPlant Workers Trained to Handle Wild Elephant Encounters
29 September 2025
BPlant Sertai Agri Malaysia 2025 melalui Boustead Life Sciences Research di MITEC, KL
8 October 2025Boustead Plantations Berhad (BPlant) bersama YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan, baru-baru ini telah mengadakan pertemuan yang memberi fokus kepada usaha memperkasa kesejahteraan warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pertemuan ini telah dihadiri oleh YBhg Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan BPlant bersama pengurusan tertinggi BPlant.
Melalui kerjasama strategik bersama kerajaan negeri, PERHEBAT dan pelbagai pihak lain, BPlant komited melaksanakan inisiatif seperti JanaVeteran serta Program Ekonomi MADANI.
Usaha ini membuka peluang baharu untuk anggota, veteran dan keluarga mereka terlibat dalam bidang keusahawanan, di samping pendedahan kepada latihan dan bimbingan untuk meningkatkan taraf hidup.
BPlant terus teguh menyokong kesejahteraan komuniti pertahanan negara sambil meneruskan peranan kami sebagai peneraju agrofood di bawah LTAT.








