
BPlant Sokong Usaha Memperkasa Kesejahteraan Warga dan Veteren ATM
8 October 2025Boustead Life Science Research dengan bangganya telah mengambil bahagian dalam Agri Malaysia 2025, platform pameran pertanian utama yang menghimpunkan pakar industri, penyelidik dan pengusaha bagi berkongsi inovasi serta teknologi terkini dalam sektor agro.
Dalam pameran ini, BLSR mengetengahkan kemajuan teknologi penanaman anak kultur tisu bertauliah hasil kolaborasi bersama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Antara hasil inovasi yang dibawa ke pameran termasuklah anak pokok pisang kultur tisu, anak pokok halia kultur tisu dan anak pokok pisang dalam jar
Teknologi kultur tisu ini bukan sahaja menjamin kualiti anak benih yang lebih baik, malah mampu meningkatkan produktiviti pertanian, memastikan daya tahan tanaman terhadap penyakit serta menyokong agenda kelestarian industri makanan negara.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen Boustead Life Science Research untuk terus menerajui transformasi pertanian berasaskan sains dan teknologi, selaras dengan aspirasi Boustead Plantations Berhad menuju ke arah “Towards Sustainable Technology-Based Plantation.”




















