
HQ-to-OU Visit provides staff with hands-on operation experience
3 March 2025
Perpaduan komuniti terserlah di BPlant Open Day 2025
21 April 2025Syawal Dirai, Ukhuwah Diperteguh!
BPlant Open Day 2025: Rumah Terbuka Aidilfitri telah berlangsung dengan penuh meriah di Ladang Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah, hari ini – menyatukan ratusan warga kerja serta komuniti setempat dalam suasana penuh harmoni.
Sambutan yang memasuki tahun keempat penganjuran ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan seperti persembahan silat dan paluan gendang tradisional, yang menghidupkan lagi suasana Syawal berkonsepkan tradisi dan kekeluargaan.
Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi BPlant Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Pengarah Urusan BPlant Datuk Zulkarnain Md Eusope, ahli-ahli lembaga pengarah serta pengurusan tertinggi dan warga operasi kami dari wilayah utara.
Dalam ucapannya, Datuk Ahmad Norihan menyatakan bahawa sambutan BPlant Open Day bukan sahaja memberi ruang mengeratkan jalinan silaturahim, tetapi juga menjadi platform penting untuk berkongsi nilai, wawasan dan pencapaian syarikat kepada komuniti serta rakan strategik BPlant.
Dalam majlis sama, Datuk Zulkarnain turut menyampaikan sijil ‘Long Service Award’ buat warga BPlant wilayah utara yang telah menyumbang khidmat buat sekian lama.
BPlant Open Day merupakan aktiviti kemasyarakatan tahunan dengan tujuan untuk menyantuni pekerja dan komuniti di kawasan operasi kami. Dengan sambutan ini, semoga talian persaudaraan dan persahabatan sesama kita akan kekal utuh agar komuniti yang kukuh dan bersatu-padu dapat dibina.











