
BPlant Lancar Kempen OSH 2025 Bertemakan ‘Keselamatan Ke Arah Kelestarian’
11 August 2025
BPlant Sertai HBP Siri 2 2025, Perkukuh Jalinan Dengan Kementerian Pertahanan
12 August 2025BPlant telah menganjurkan satu sesi ceramah kesedaran berkaitan pertolongan cemas sebagai salah satu inisiatif dalam Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan BPlant 2025.
Ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan warga kerja mengenai tindakan awal yang perlu diambil semasa kecemasan di tempat kerja.
Peserta turut diberikan pendedahan pratikal dalam memberikan bantuan kecemasan, termasuk bantuan CPR dan penggunaan kit Automated external defibrillators atau AED.
Semoga pendedahan ini dapat memupuk budaya kerja yang lebih selamat, bertanggungjawab, dan tangkas dalam menghadapi sebarang insiden. Keselamatan adalah tanggungjawab bersama, dan ilmu yang betul mampu menyelamatkan nyawa.












