
Program Kesihatan Mental BPlant: Satu Langkah Ke Arah Kesejahteraan Emosi di Tempat Kerja
11 August 2025
BPlant Anjur Ceramah Pertolongan Cemas Tingkat Kesedaran Keselamatan Pekerja
12 August 2025Boustead Plantations Berhad (BPlant) melancarkan Kempen Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH) 2025 bertemakan ‘Keselamatan Ke Arah Kelestarian’ yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan, YBhg. Datuk Zulkarnain Md Eusope, tempoh hari.
Kempen yang mendapat penyertaan menyeluruh daripada warga kerja BPlant di ibu pejabat, estet dan kilang ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti ikrar keselamatan, pemeriksaan pematuhan pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE), latihan kecemasan dan sesi perkongsian ilmu keselamatan.
Penganjurannya bertujuan memperkukuh budaya keselamatan, meningkatkan kesedaran terhadap risiko pekerjaan serta memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat. BPlant menegaskan komitmennya untuk menjadikan keselamatan sebagai keutamaan utama dalam setiap aspek operasi syarikat.















