
BPlant Anjur Ceramah Pertolongan Cemas Tingkat Kesedaran Keselamatan Pekerja
12 August 2025
BPlant Hiking Day 2025
12 August 2025BPlant berbesar hati menyertai Program Hari Bersama Pelanggan (HBP) Siri 2 Tahun 2025 anjuran Kementerian Pertahanan yang berlangsung pada 24 Julai 2025 di Kem Terendak, Melaka.
Sepanjang program, BPlant telah membuka ruang pameran yang mengetengahkan inovasi kultur tisu tumbuhan merangkumi halia Kay-Ti, pisang tanduk, pisang berangan, pisang nangka dan nenas MD2.
Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah YBhg. Datin Roszanina Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan); YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad, Panglima 3 Divisyen; serta YBhg. Brigedier Jeneral Khairul Anwar Soib, Panglima 10 Briged (Para).
Penyertaan BPlant dalam program ini menjadi platform strategik untuk memperluas jaringan kerjasama bersama Kementerian Pertahanan serta mendekati komuniti warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di peringkat nasional.













