Rimba Nilai BU receives management visit
28 November 2024BPlant holds fruitful discussion with MACC Selangor
12 December 2024BPlant turut menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia ketika ini.
Justeru, BPlant turut serta di dalam inisiatif GLC Demi Rakyat dan Negara yang dilancarkan bersama Kumpulan Syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera, bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir. BPlant menyumbang sebanyak RM50,000 kepada organisasi bukan kerajaan yang membantu mangsa banjir di Kelantan, Kedah, Terengganu dan Pahang.
Simbolik sumbangan BPlant disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zulkarnain Md Eusope kepada Pengasas Pertubuhan Jiwa Amal Malaysia, Tuan Syed Zainal Abidin dan oleh Ketua Pegawai Modal Insan BPlant, Encik Mohd Fadzly Mahyuddin kepada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sanggar Suri Malaysia, Puan Norlaili Talib.
BPlant mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua mangsa banjir serta berharap agar segala usaha dan gerak kerja yang dilaksanakan dipermudahkan dan mencapai objektif yang diharapkan.