BPlant pays RM290,000 of business zakat to Terengganu
5 April 2024Celebrating tradition and camaraderie
3 May 2024Meriah! Itulah yang dapat digambarkan kepada BPlant Open Day 2024: Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di Ladang Telok Sengat, Kota Tinggi, semalam.
Sambutan tersebut menarik tumpuan ribuan pengunjung daripada kalangan kakitangan BPlant serta komuniti Kota Tinggi, di mana pengunjung turut disajikan aktiviti seperti persembahan tradisional negeri Johor, persembahan busker, pameran serta cabutan bertuah.
Merasmikan sambutan tersebut adalah Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin. Hadir bersama adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, YB Tuan Muszaide Makmor; ADUN Johor Lama, Cik Norlizah Noh; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boustead, Encik Izaddeen Daud dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BPlant, Encik Fahmy Ismail.
Turut hadir adalah ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi BPlant, wakil badan-badan kerajaan serta pemimpin masyarakat setempat.
Sambutan tersebut turut menghargai jasa Angkatan Tentera Malaysia dengan pemberian sumbangan Yayasan LTAT oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin kepada para veteran.
Ucapan penghargaan dan terima kasih kami kepada YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin atas kesudian menerima jemputan dan merasmikan program yang amat bermakna ini.
BPlant Open Day merupakan aktiviti kemasyarakatan tahunan dengan tujuan untuk menyantuni pekerja dan komuniti di kawasan operasi kami. Dengan sambutan ini, semoga talian persaudaraan dan persahabatan sesama kita akan kekal utuh agar komuniti yang kukuh dan bersatu-padu dapat dibina.