
LTAT santuni pencarum di Jelajah Sarawak 2023
17 November 2023
Boustead Plantations Berhad posts higher Q3 PAT of RM14 million
22 November 2023Ratusan warga Angkatan Tentera Malaysia membanjiri Kem Sri Miri di Miri, Sarawak semalam sempena Minggu Bersama Pencarum – Jelajah Sarawak 2023 anjuran Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
Beberapa aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah diadakan di program tersebut sebagai menghargai peranan dan sumbangan ATM terhadap negara.
Turut hadir Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd), Brigadier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun bagi merasmikan program sehari tersebut.
Program jelajah ini diadakan khas untuk bertemu dengan pencarum di luar Semenanjung Malaysia, selain meningkatkan kesedaran pencarum mengenai visi LTAT dan syarikat-syarikat di bawah naungannya.
Kami akan bertemu anda di Kem Rascom, Sibu pada 22-23 November. Jumpa di sana!



