
Menteri Pertahanan tinjau pelaksanaan inisiatif Kem Santuni MADANI dan Kem MADANI
4 May 2025BPlant berbesar hati menerima kehadiran YB Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin di Ladang Telok Sengat, Kota Tinggi, Johor, bersempena dengan Majlis Peluncuran Projek JanaVeteran dan Program Santai Telok Sengat, semalam.
YB Menteri Pertahanan, diiringi Pengerusi BPlant Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Pengarah Urusan Datuk Zulkarnain Md Eusope serta pengurusan BPlant, mengadakan lawatan tapak ke Projek JanaVeteran bagi mendengar taklimat dan menandatangani plak pelancaran. Beliau kemudian bergerak bagi beramah mesra bersama lebih 500 tetamu jemputan di Program Santai Telok Sengat.
YB Menteri Pertahanan turut mengumumkan ‘Halia KayTi’ sebagai nama tanaman halia yang akan dihasilkan menerusi Projek JanaVeteran di Telok Sengat.
Dalam ucapannya, YB Menteri Pertahanan menyatakan penghargaan kepada BPlant kerana menjadi antara organisasi pertama yang menggerakkan inisiatif untuk kesejahteraan veteran tentera.
Projek JanaVeteran adalah sebuah inisiatif yang digerakkan BPlant dengan usahasama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), bertujuan untuk membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia menjana pendapatan stabil melalui program pertanian serta membantu usaha kerajaan memperkukuh aspek keterjaminan makanan.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah ADUN Sedili YB Tuan Muszaide Makmor, ADUN Johor Lama YB Cik Norlizah Noh, Timbalan Ketua Pengarah JHEV Tuan Sophian Isswandy Ismail dan Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Tuan Haji Ibrahim Yahya.
BPlant mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh tetamu jemputan kerana bersama-sama memeriahkan sambutan ini!






