
Ladang Segaria juara Pertandingan Deko Merdeka 2024
21 September 2024
Management visits Segaria Estate, Mill to connect
24 September 2024MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Laungan keramat ini bergema dengan penuh semangat di Ladang Segaria, Sabah, disambut lebih 1,000 peserta sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 peringkat BPlant.
Menjadi tuan rumah sambutan tahun ini, Ladang Segaria mencipta keunikan tersendiri melalui perarakan lintas hormat oleh kontinjen pekerja ladang. Memeriahkan lagi sambutan adalah peragaan kenderaan berhias hasil kreativiti warga Ladang Segaria serta pelbagai aktiviti sukaneka yang menceriakan suasana.
Majlis dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif BPlant, Datuk Zulkarnain Md Eusope, yang turut disaksikan oleh barisan pengurusan tertinggi syarikat serta pengurus-pengurus ladang dari wilayah Sabah.
Dalam ucapannya, Datuk Zulkarnain menekankan pentingnya perpaduan kukuh di kalangan pekerja untuk memastikan kejayaan syarikat yang memberi manfaat bukan hanya kepada pemegang taruh, tetapi juga dalam memperkukuh ekonomi negara.
Semoga sambutan ini menjadi pemangkin kepada semangat perpaduan dan kejayaan berterusan BPlant!








