
BPlant recognised as earliest Kedah land taxpayer in 2025
14 February 2025
Free medical screening reinforces workplace wellness commitment
25 February 2025Kekal Sihat, Kekal Cergas!
BPlant hari ini melancarkan Kempen Cabaran BMI, sebuah inisiatif kesihatan bagi memupuk dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.
Sepanjang enam bulan kempen ini, pelbagai aktiviti menarik telah disusun termasuk saringan kesihatan percuma, program derma darah, sesi aerobik, dan aktiviti sukan—semua dengan matlamat untuk membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan pekerja.
Dalam ucapan perasmiannya, Pengarah Urusan BPlant Datuk Zulkarnain Md Eusope, menegaskan bahawa kesihatan pekerja menjadi keutamaan syarikat dalam usaha memastikan kesejahteraan warga BPlant secara menyeluruh.
Semoga kempen ini menjadi pemangkin kepada gaya hidup lebih sihat dan cergas dalam kalangan warga BPlant!






