
Free medical screening reinforces workplace wellness commitment
25 February 2025
HQ-to-OU Visit provides staff with hands-on operation experience
3 March 2025BPlant Tolak Rasuah!
BPlant hari ini menjayakan Program Kesedaran Antirasuah Dalam Pengurusan Tatakelola Dan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah Boustead Plantations Berhad di Menara Boustead, Kuala Lumpur.
Program yang dijalankan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini dihadiri oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah, pengurusan tertinggi serta seluruh kakitangan BPlant.
Pengerusi BPlant Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B) mengetuai bacaan ikrar. Beliau turut menandatangani dokumen ikrar bebas rasuah, disaksikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Timbalan Pesuruhjaya Dato’ Nazli Rasyid Hj Sulong.
Pengarah Urusan BPlant Datuk Zulkarnain Md Eusope dalam ucapannya turut menyatakan komitmen berterusan BPlant dalam menjamin keutuhan integriti dan tatakelola syarikat.



