
Pengarah Urusan BPlant terima tauliah Kol Kehormat Askar Wataniah
1 July 2025
BPlant charts brand transformation path in leadership workshop
8 August 2025Pembukaan rasmi Pejabat Wilayah Sabah di Sandakan hari ini menandakan satu lagi fasa penting dalam usaha memperluas operasi BPlant di Sabah. Majlis pada hari ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan, YBhg. Datuk Zulkarnain Md Eusope bersama barisan pengurusan tertinggi syarikat.
Usai perasmian, sesi mesyuarat bersama barisan pengurusan seluruh ladang Sabah diadakan bagi menilai prestasi kewangan lima bulan pertama dan kemajuan pengurusan operasi dalam tempoh enam bulan.
Dalam amanatnya, YBhg. Datuk menegaskan iltizam syarikat dalam memperkukuh perancangan pembangunan tanah di Sabah, memperluas agenda sekuriti makanan menerusi tanaman kelapa, bijirin dan beras, serta memastikan aspek kebajikan warga ladang, termasuk perumahan dan pendidikan untuk terus dipelihara.
Beliau turut menggariskan sasaran untuk mencapai pengeluaran sebanyak 1 juta tan buah tandan segar selewat-lewatnya pada 2027 atau lebih awal lagi, sejajar dengan komitmen BPlant dalam mengangkat potensi perladangan sawit secara menyeluruh.















