Spectacular, colourful night at Boost 2024 Annual Dinner
22 October 2024BPlant celebrates Pinktober with Breast Cancer Awareness
25 October 2024BPlant berdiri teguh bersama Kontinjen MALBATT 850-12 yang bakal berlepas ke Lubnan bulan depan bagi melaksanakan misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Bersama-sama anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera, BPlant hari ini menyerahkan sumbangan barangan keperluan untuk dibawa ke Lubnan bagi menjayakan program Civil-Military Coordination (CIMIC). Penyerahan dibuat dalam satu majlis di MALBATT Village di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Sumbangan daripada BPlant diserahkan oleh Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Hazranshah Abd Hamid kepada Komander MALBATT 850-12, Kol. Johan Effendi Mohd Salleh. Turut hadir, Pengarah Ketua Perkhidmatan Pencarum LTAT, Khairul Anwar Ismail.
BPlant mendoakan keselamatan dan kesejahteraan seluruh kontinjen MALBATT 850-12. Teruskan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.