
Sustainability, Challenges and Integration in Focus at Lepan Kabu Estate Visit
12 August 2025
BPlant Sokong Program Sekolah Angkat Madani Menerusi SK Kem Pengkalan Chepa
12 August 2025Boustead Plantations Berhad (BPlant) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah telah menganjurkan Seminar & Dialog: Memperkukuh Kerjasama Rentas Sempadan Dalam Membanteras Jenayah Pemerdagangan Orang 2025 di Ladang Segaria, Semporna.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran pekerja mengenai hak-hak mereka selain memperkukuh pemahaman majikan tentang peranan bersama dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang dan buruh paksa. Ketua Pegawai Operasi BPlant, En. Adi Wira Abd Razak menegaskan bahawa pematuhan Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) bukan sekadar tuntutan undang-undang, malah tanggungjawab moral dan korporat.
Pengurusan Ladang dan Kilang Segaria turut menandatangani ikrar komitmen memerangi jenayah tersebut, diikuti sesi dialog interaktif bersama pelbagai agensi kerajaan dan Konsulat Indonesia. Sesi ini memberi ruang kepada perbincangan terbuka demi kebaikan bersama, sejajar dengan komitmen BPlant terhadap pengurusan ladang yang beretika dan mampan.




















