Management visits Segaria Estate, Mill to connect
24 September 2024Management Retreat sets direction for BPlant
26 September 2024BPlant turut menzahirkan rasa simpati dan solidariti kepada mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda Kedah pada hujung minggu lepas.
Bersama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), BPlant hadir menyantuni mangsa-mangsa banjir dan menyampaikan bantuan di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Setar, semalam.
Sebanyak enam PPS telah dikunjungi oleh pasukan bantuan BPlant yang diketuai oleh Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Hazranshah Abd Hamid, bersama pengurus-pengurus ladang wilayah utara BPlant. Turut bersama dalam misi bantuan ini ialah Pengarah Komunikasi Strategik LTAT, Mohammad Izzat Abdul Aziz Alhajri.
Sebanyak 500 paket barangan makanan asas telah diedarkan kepada setiap ketua keluarga yang masih berlindung di PPS berkenaan. Diharapkan sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir.
BPlant komited dalam usaha membantu komuniti yang memerlukan dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan di saat-saat kritikal.