Hundreds participate in BPlant first townhall for 2023
2 February 2023Boustead Plantations presents asnaf contributions to Armed Forces veterans
7 February 2023SIBU: Seramai 150 warga veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) golongan asnaf dari Cawangan Kapit, Kanowit, Lanang, Nangka, Sarikei dan Matu Daro menerima sumbangan kebajikan dalam bentuk bantuan kewangan, hari ini.
Majlis penyampaian bantuan zakat Boustead Plantations Berhad (BPB) kepada veteran golongan asnaf itu diadakan di sebuah hotel di sini, hari ini.
Penyerahan sumbangan zakat disempurnakan oleh Ketua Komunikasi Korporat BPB Hazranshah Abd Hamid yang turut diiringi Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Kapten (B) Datuk Sharuddin Omar dan Yang Dipertua (YDP) PVATM Negeri Sarawak Jimbau Galau.
Sharuddin dalam ucapannya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada BPB yang telah sudi menyantuni warga dan balu Veteran ATM sebagai program tanggungjawab sosial (CSR) syarikat berkenaan.
Sesungguhnya, bantuan itu memberi suntikan moral serta dapat meringankan beban kos sara hidup dalam kalangan warga veteran yang daif, katanya.
“Program pemberian zakat oleh BPB akan dilaksanakan di seluruh negara, terutamanya bagi kawasan yang terdapat ladang-ladang BPB.
“Program ini bermula di Sabah pada tahun 2022 di Tawau, Semporna dan Sandakan, manakala yang akan datang di Pulau Pinang pada 12 Februari 2023,” ujarnya.
Program hari ini melibatkan warga veteran di kawasan Zon Tengah (Sibu) merangkumi enam Cawangan PVATM dan program sama akan diadakan di kawasan Zon Utara (Miri) dalam masa terdekat.
Turut hadir Ketua Penerangan PVATM Brigadier Jeneral (B) Datuk Mohd Bustaman Mat Zin, Ketua Unit Perniagaan Boustead Pelita Kanowit (BPK) Mohd Yatim Saini bersama sembilan Pengurus Ladang BPB di kawasan Sibu, Ketua Cawangan PVATM dari Kapit, Kanowit, Lanang, Nangka, Sarikei dan Matu Daro.
Source: Utusan Borneo Online