Boustead Plantations’ 4Q net profit increase on land disposal gain
21 February 2023BPlant engages with Sarawak’s stakeholders
23 February 2023KUALA LUMPUR: Boustead Plantations Bhd (BPB) mencatatkan lonjakan dalam keuntungan bersihnya kepada RM595.31 juta untuk tahun kewangan 2022 daripada RM241.29 juta pada tahun sebelumnya disebabkan mendapat faedah daripada harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi dan keuntungan daripada pelupusan tanah.
Syarikat itu memberitahu bursa saham bahawa ia memecahkan rekod dalam hasil sebanyak RM1.18 bilion, meningkat daripada RM1.05 bilion yang diperoleh pada tahun kewangan 2021 dan yang tertinggi sejak penyenaraiannya pada 2014.
BPB juga mengisytiharkan dividen interim satu peringkat keempat sebanyak 3.3 sen sesaham bagi tahun berakhir 31 Disember 2022, yang akan dibayar pada 22 Mac 2023.
Ini menjadikan jumlah dividen yang diisytiharkan setakat ini pada 14.45 sen, mengatasi jumlah dividen tahun lepas sebanyak 8.35 sen.
Pada suku keempat 2022, keuntungan bersih syarikat meningkat kepada RM87.29 juta daripada RM85.14 juta pada suku keempat 2021, manakala hasil turun kepada RM263.58 juta daripada RM341.50 juta sebelumnya, disebabkan oleh harga produk sawit yang lebih rendah.
Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, BPB berkata kutipan yang lebih tinggi daripada pelanggan disebabkan harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi dan perolehan yang diterima daripada pelupusan tanah Kulai Young telah mengukuhkan aliran tunai keseluruhan pada tahun kewangan 2022, yang membolehkan kumpulan membiayai modal kerja secara dalaman dan mengurangkan pinjaman.
“Hasilnya, nisbah hutang kepada ekuiti kumpulan berada pada 0.29 kali, bertambah baik daripada kedudukan pada 31 Disember 2021 iaitu 0.37 kali.
“Begitu juga dengan liabiliti semasa bersih kumpulan pada 31 Disember 2022 berjumlah RM200 juta, berkurangan sebanyak RM281 juta daripada RM481 juta pada 31 Disember 2021,” tambahnya.
BPB memberitahu, pendapatan sesahamnya turut meningkat kepada 26.58 sen daripada 10.77 sen yang dicatatkan pada tahun kewangan 2021.
Melangkah ke hadapan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Fahmy Ismail berkata, paras stok minyak sawit di Malaysia dan Indonesia diunjurkan bertambah baik berikutan bertambahnya kawasan matang, keadaan cuaca yang lebih baik serta bekalan buruh yang bertambah baik.
“Bermodalkan perkara-perkara ini, kumpulan akan terus memaksimumkan produktiviti melalui pelbagai inisiatif dalam peningkatan hasil, disokong oleh usaha berterusan lain untuk memodenkan operasi kami.
“Memandangkan kami tetap berpegang kepada ‘Strategi Penciptaan Semula Boustead’, kumpulan komited terhadap inisiatif pembaharuan kami dalam mengubah BPB menjadi sebuah syarikat perladangan berasaskan teknologi yang mampan dengan meningkatkan usaha mekanisasi dan pendigitalan, sambil berpegang teguh pada prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam operasi kami,” katanya.
Source: Berita Harian