Boustead Plantations delivers higher Q2 net profit of RM49mil
25 August 2021Boustead Plantations posts 7-fold jump in 2Q net profit, declares 2.3 sen dividend
25 August 2021KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Boustead Plantations Bhd meningkat kepada RM48.37 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021 daripada RM7.08 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
Keputusan positif itu disumbang oleh keuntungan yang lebih baik di semua wilayah dan juga didorong oleh prestasi kewangan yang jauh lebih baik di wilayah Sabah.
Pendapatan turut meningkat kepada RM242.78 juta berbanding RM167.06 juta, dipacu oleh harga produk sawit yang menggalakkan, menyaksikan keuntungan dicatatkan daripada operasi sebanyak RM75.6 juta.
“Prospek kumpulan bagi tahun mendatang dijangka banyak dipengaruhi oleh pengeluaran tanaman kelapa sawit, harga penjualan dan strategi ‘Penciptaan Semula Kumpulan Boustead’ yang sedang berlangsung,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Inventori global semasa yang masih rendah telah mengekalkan harga minyak sawit pada tahap tertinggi buat masa ini dan akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan.
Ia menyatakan bahawa sebarang perubahan baharu dalam struktur cukai import dan eksport negara pengguna dan pengeluar selain sifat dinamik penawaran-permintaan global minyak boleh dimakan yang bersaing akan terus mempengaruhi harga minyak sawit mentah.
Sementara itu, program vaksinasi yang dipercepatkan oleh kerajaan dapat meningkatkan harapan agar operasi perladangan boleh terus dilakukan seperti biasa.
Source: Berita Harian