Boustead Plantations delivers improved performance in 3Q on higher CPO prices
23 November 2020A Blend of Strong Output and CPO ASP lifted 3Q Results
24 November 2020KUALA LUMPUR: Boustead Plantations Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM17.97 juta dalam suku ketiga yang berakhir 30 September 2020.
Prestasi memberangsangkan itu diraih setelah kumpulan itu mencatat kerugian bersih RM34.31 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Pencapaian itu di sebalik pendapatan yang meningkat 48 peratus kepada RM205.68 juta daripada RM139.24 juta berikutan harga produk sawit yang bertambah baik yang menyumbang keuntungan sebanyak RM40.3 juta daripada operasi.
Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata purata harga jualan minyak sawit mentah berada pada RM2,772 setan metrik, mengatasi harga pada suku yang sama tahun lalu pada RM2,026 setiap tan, iaitu peningkatan sebanyak RM746 atau 37 peratus.
Sementara itu harga purata isirung sawit melonjak sebanyak 30 peratus atau RM343 setiap tan kepada RM1,481 setiap tan pada suku ketiga, manakala pengeluaran tandan buah segar (FFB) meningkat kepada 273,625 tan daripada 239,572 tan pada suku ketiga 2019.
Boustead Plantations berkata prospek kumpulan bagi tempoh berbaki tahun ini akan banyak dipacu oleh harga MSM, pengeluaran tanaman dan kejayaan pelaksanaan program transformasi kumpulan.
“Program transformasi kami berjalan lancar dan meskipun beberapa gangguan kepada inisiatif produktiviti disebabkan sekatan semasa pandemik, kami berada di landasan untuk mencapai objektif kami,” katanya.
Syarikat itu berkata semakan menurun baru-baru ini anggaran tanaman kacang soya, biji bunga matahari dan bijian minyak lain telah mencetuskan belian besar-besaran dan menyokong harga MSM meningkat ke zon RM3,000.
Oleh itu, ia menjangka harga MSM bagi tempoh berbaki tahun ini akan terus disokong oleh permintaan kukuh terhadap minyak sawit yang dilihat dari China, India. Eropah dan Pakistan.
Permintaan kukuh global dan pengeluaran lebih rendah daripada yang dijangkakan akan mengekalkan inventori minyak sawit Malaysia pada paras yang rendah.
“Perkembangan cuaca menjadi faktor penentu utama bagi harga MSM dan minyak sayuran lain dalam tempoh suku berbaki tahun ini terutamanya dengan pola cuaca La Nina sekarang,” kata syarikat itu.
Source: Berita Harian