Boustead Plantations returns to black with RM43mil net profit
24 March 20214Q20: Strong Finish; Benefited From High CPO ASP
25 March 2021KUALA LUMPUR: Boustead Plantations Bhd (BPB) kembali menjana laba dengan keuntungan bersih RM42.95 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, berbanding kerugian bersih RM144 juta pada tahun kewangan 2019.
Pendapatan meningkat kepada RM763.04 juta daripada RM577.2 juta sebelumnya, katanya dalam satu maklumat kepada Bursa Malaysia hari ini.
BPB berkata, wilayah Semenanjung Malaysia mencatatkan keuntungan segmen sebanyak RM86.8 dalam tahun dikaji, meningkat sebanyak RM50.9 juta berbanding RM35.9 juta tahun sebelumnya.
Syarikat itu berkata, keuntungan lebih tinggi adalah sejajar dengan peningkatan tuaian buah tandan segar sebanyak 390,775 tan pada tahun dikaji berbanding 373,930 tan pada 2019, selain harga produk sawit lebih tinggi.
Selain itu, wilayah Sabah merekodkan keuntungan segmen sebanyak RM60.6 juta bagi tahun dikaji berbanding kerugian RM36.4 juta pada 2019.
Source: Berita Harian